Salam Sejahtera semua.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya menyambut kelahiran bayi kedua dengan dibantu kaedah SEFT.
Tanggal 15 Januari 2011, jam 11.57 am bayi kedua (perempuan) saya 
selamat dilahirkan di Hospital Pakar An Nur. Terima kasih diucapkan 
kepada doktor, bidan dan jururawat yang membantu.
Sebelum ini saya pernah share di dalam 
sesi workshop bahwa ada acupuncture point tertentu di bahagian lengan 
yang dapat membantu mempercepatkan kelahiran atau dengan kata lain 
membantu ‘membuka jalan’. Hanya dengan mengetuk (tapping) di point 
tersebut, tidak perlu jarum. Jadi kalau kandungan baru berusia 8 bulan, 
jangan gatal-gatal nak tapping pula, nanti masalah lain pula yang 
timbul.
Berbalik kepada pengalaman saya, kira-kira jam 8 pagi bidan melakukan
 pemeriksaan dan mengatakan baru buka 3cm. Ketika ini saya lihat isteri 
saya masih steady lagi, boleh bergurau lagi. Kemudian saya melakukan 
SEFT untuk emosi beliau. Rasa takut, rasa risau, dan macam-macam emosi 
yang hanya kaum ibu yang sedang berhadapan dengan situasi ini saja yang 
mengerti. Jadi kepada kaum bapa, inilah saat-saat yang jasa anda 
amat-amat diperlukan. Sokongan moral ketika ini amat berharga dan tidak 
mungkin dilupakan oleh isteri anda.
Kira-kira jam 10 pagi, isteri saya mula rasa sakit. Setelah lakukan 
SEFT untuk rasa sakit beliau, saya mula tapping di bahagian lengan 
secara berterusan. Saya lihat bidan kat situ tengok je saya tapping. 
Mungkin dalam hati dia cakap “apa la mamat ni buat”.
Sehingga jam 11.45 pagi, isteri saya mengadu hendak buang air besar 
dan ketika itu hanya bidan saja yang ada. Rasanya mungkin bidan tu tak 
jangka baby dah nak keluar. Kemudian saya meminta bidan tu panggil 
doktor dan apabila doktor sampai saya sendiri lihat kepala baby dah 
nampak. Maka dengan tergesa-gesanya doktor & team bergegas prepare 
untuk menyambut kelahiran. Kelam kabut juga saya lihat, berbeza dengan 
kelahiran pertama dahulu. Di tempat & katil yang sama anak sulong 
saya dilahirkan cuma bezanya kali ini Dr. Khamsiah bercuti dan diganti 
dengan doktor lain.
Setelah semua ready, isteri saya selamat melahirkan baby dengan 
sekali teran sahaja. Alhamdulillah semuanya selamat dan saya bersyukur 
sekali dengan anugerah Allah ini. Yang paling berharga saya dapat 
menyaksikannya dari awal untuk kali kedua. Cuma kali ini lebih istimewa 
kerana saya dapat membantu dengan kaedah SEFT.
Bila saya Tanya pada isteri macam mana third baby? Dia hanya senyum je!!!
Wassalam
Sukri Saad
Sukri Saad
Sumber: seftmalaysia.com

